Salam buat semua.
Sejarah kadang kala dapat memberikan motivasi kepada generasi yang mendatang untuk mengangkat maruah diri dan keluarga. Untuk kali ini, saya menurunkan sejarah keluarga, bukan untuk bernostalgia apatah lagi untuk riak dan yang seumpamanya, sebaliknya supaya dapat memberikan keyakinan diri dan merapatkan hubungan silatur rahim dikalangan kaum kerabat khususnya diantara mereka yang selama ini telah terpisah dari kita. Semoga dengan kemudahan aplikasi internet, seluruh kaum kerabat dapat dipertemukan semula.Segala maklumat berhubung perkara ini adalah berdasarkan maklumat yang terdapat dalam risalah "Salasilah Keturunan Keluarga Besar Mohammad Saleh" yang ditulis oleh Mohammad Nursyarief dari Medan, Sumatera. Semoga segala daya usahanya mendapat rahmat yang berpanjangan dari Allah swt.
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment