Thursday, November 24, 2011

Kisah Uwais Al-Qarni Bagi Insan Yang Masih Mempunyai Ibu

Kisah Uwais Al-Qarni Bagi Insan Yang Masih Mempunyai Ibu.

Oleh: BayangDiAir

“Setiap orang yang masih mempunyai ibu wajar menimbang-nimbang hubungannya dengan orang yang telah mengandungnya selama sembilan bulan. Sembilan bulan penuh sabar dan payah membawa bebanan dalam kandungan yang berat. Kemudian bertarung nyawa dihiris kesakitan ketika melahirkan si anak. Dijaganya sejak bayi ditatang sehingga besar. Apakah bayi yang merah itu kini sudah menjadi tuan-tuan kepada orang yang melahirkannya? Apakah ibu-ibu tua ini sekarang sedang menyepi hiba di rumah kebajikan orang-orang tua? Untuk semua dari kita yang masih mempunyai ibu, terutamanya ibu yang sudah lanjut usia dan uzur, marilah kita renung sejenak pada bulan Ramadhan yang mulia ini, kisah kasih sejati seorang anak terhadap ibunya.
Mudah-mudahan baki usia ibu yang sudah tidak beberapa lama lagi mengungsi alam fana ini menjadi masa keemasan bagi anak yang soleh untuk berbakti kepada ibu yang tiada lagi ganti sekiranya mereka menyahut panggilan Ilahi nanti.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah meminta Saidina Umar dan Saidina Ali r.a. agar berjumpa dengan Uwais al-Qarni di Yaman. Tujuannya hanya agar dua orang sahabat Baginda itu meminta kepada Uwais al-Qarni agar mendoakan mereka agar diampunkan dosa oleh Allah. Apakah rahsia besar kelebihan Uwais al-Qarni hingga Rasulullah s.a.w. mengangkat namanya begitu tinggi dalam sejarah kemuliaan seorang insan?

Uwais al-Qarni ialah nama kecil di sebuah perkampungan di Yaman. Dia menghidapi penyakit kulit (sopak). Suatu hari ibunya yang sudah tua berhasrat untuk menunaikan haji di Mekah. Sebagai keluarga yang miskin tentulah mustahil baginya untuk membeli atau menyewa unta untuk dijadikan pengangkutan bagi perjalanan yang amat jauh itu. Namun sebagai anak yang meletakkan ibunya di singgahsana hatinya, dia tidak sesekali berkata tidak. Dia berjanji kepada ibunya untuk memenuhi hajat ibunya yang sudah uzur itu. Walaupun, dia tidak mampu mencari kenderaan untuk perjalanan yang jauh itu, Uwais menggunakan sedikit wang yang dimilikinya untuk membeli seekor anak lembu.

Dibuatnya sebuah kandang di atas bukit. Pagi, dia akan mengendong anak lembu itu turun untuk diberi makan. Petang, dia akan mengendong anak lembu itu ke atas bukit untuk disimpan di kandang tersebut. Cukup 8 bulan, besarlah anak lembu itu.

Apabila tiba saat yang sesuai, Uwais berkata ibunya, “wahai ibu, bolehlah kita mula berangkat ke Mekah kerana musim haji tiba tidak berapa lama lagi.”
“Habis Uwais, di manakah kita akan mendapatkan kenderaan untuk ke sana?” tanya ibunya.
“Jangan bimbang wahai ibuku. Saya akan mengendong ibu di bahagian depan saya dan barang bekalan di belakang saya.”

Terkejut si ibu mendengarkan jawapan si anak. Demikianlah besarnya tekad Uwais demi ibunya. Rupa-rupanya dia membeli lembu dan mengendongnya naik dan turun bukit adalah sebagai latihan jasmani agar dia kuat mengendong ibunya yang sudah uzur.

Berangkatlah Uwais al-Qarni dengan mengendong ibunya dan bekalan. Akhirnya sampailah mereka di Mekah. Ketika mengerjakan tawaf dan sa’i, mulut Uwais tidak putus-putus membaca sesuatu. Lalu ibunya bertanya, “apa yang kau baca tidak putus-putus wahai anakku. Sila beritahu kepadaku.”
“Ibu, saya hanya membaca doa agar Allah mengampunkan dosa-dosa ibu.”

Demikian sikap terpuji seorang anak yang sukar ditemukan dalam hidup ini.
Lalu berkata ibunya lagi,” Kalau begitu, ibu mahu engkau berdoa agar Allah menyembuhkan penyakit sopakmu.”
“Ibu, masakan saya hendak menolak anugerah Allah kepada saya. Sopak ini adalah pemberian Allah kepada saya. Saya tak akan menolaknya, ibu.”
“Tidak. Sekali ini, ibu mahu engkau ikut cakap ibu.”

Maka tidaklah mampu lagi Uwais mengecewakan harapan ibu kesayangannya. Dengan hati yang amat berat, maka berdoalah Uwais dengan kata, “Ya Allah, kerana mentaati kemahuan ibuku, aku bermohon agar Engkau sembuhkanlah penyakit sopakku. Tetapi tinggalkan sedikit pada tubuhku agar aku tidak kufur akan nikmat-Mu.”

Apabila Saidina Umar dan Saidina Ali r.a. berjumpa dengan Uwais al-Qarni, benarlah ada tanda sebesar duit syiling di belakang tengkuknya. Itulah bekasan penyakit sopak yang masih terdapat pada tubuh Uwais. Lalu dua sahabat Rasulullah s.a.w. itu meminta Uwais berdoa kepada Allah agar dosa mereka diampunkan seperti yang diminta oleh Rasulullah s.a.w. itu.

Demikianlah kisah seorang insan kecil yang besar di sisi Allah. Beruntunglah sesiapa yang masih ada ibu bapa yang sudah tua. Mereka berpeluang berbakti kepada ibu bapa seperti yang telah dilakukan oleh Uwais al-Qarni ini. Di samping itu, jangan lupa untuk perbanyakkan istighfar. Sedangkan Saidina Umar dan Saidina Ali yang dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w. masih diminta memohon ampun, apa lagi kita yang belum tentu ke mana langkah penamat kita. WalLahu ‘alam.

Nota: Semoga Allah melimpahkan keampunan dan kerahmatan juga pahala kepada ayah-bonda dan guru-guruku..

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=7916

Friday, July 15, 2011

IBUMU, SYURGAMU ATAU NERAKAMU!

IBUMU, SYURGAMU ATAU NERAKAMU!
Pengajian Alif

“Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, siapa yang paling berhak memperoleh pelayanan dan persahabatanku?"
Nabi Saw menjawab, "ibumu...ibumu...ibumu, kemudian ayahmu dan kemudian yang lebih dekat kepadamu dan yang lebih dekat kepadamu." (Mutafaq'alaih).

Ibu selalu mencurahkan perhatiannya pada anaknya b...ahkan hampir seluruh waktu hidupnya. Apakah kita sudah meluangkan waktu kita untuk ibu kita? Dia telah mengorbankan nyawanya ketika beliau melahirkan kita, sebaliknya pernahkah kita mengorbankan nyawa kita untuk ibu kita?

Banyak org menangis ketika orang tuanya sudah ditutupi kain kafan, minta maaf di depan mayat ibu tapi mana kata maaf itu ketika mereka masih hidup.

Kasih sayang ibu sepanjang jalan, bahkan syurga itu berada di bawah telapak kakinya. Berbaktilah kepada ibu tanpa ada batas. Peluklah ibu kita selagi masih bisa dipeluk.

Ya Rabbi! Ampuni dosa-dosa ibu kami sayangilah mereka seperti mereka menyayangi kami dikala kecil. Ya Rahman! Berikanlah umur kami yg panjang begitu pula kepada ibu kami agar kami dapat berbuat baik dan berbakti kepadanya.Ya Allah… Ya Rabbi… aku cinta kepada-Mu Ya Allah… Kami cinta kepada ibu kami Ya Allah Izinkan kami untuk bisa memberikan senyuman di bibir ibu kami, senyuman kebahagian.

“Jangan mengabaikan (membenci dan menjauhi) orang tuamu. Barangsiapa mengabaikan orang tuanya maka dia kafir (kufur nikmat, red ).” (HR. Muslim)

http://pengajianalif.blogspot.com/2011/06/pesantren-kilat-utk-sd.html

Wednesday, July 13, 2011

ISRAK DAN MIKRAJ

ISRAK DAN MIKRAJ


Firman Allah SWT,

Maksudnya :
“ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1.


Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit.
Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.

Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat. Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS.

3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.

5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.

Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam. Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam. (Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Monday, February 14, 2011

Al Qur'an menjelaskan turunnya Isa AS ke bumi sebelum Kiamat

Allah tidak menghendaki orang-orang kafir membunuh 'Isa AS, melainkan mengangkatnya ke sisi-Nya, dan mengumumkan khabar gembira kepada umat manusia bahwa nabi Isa akan turun ke bumi di Hari Akhir. Al Qur'an memberikan informasi mengenai turunnya 'Isa AS dalam sejumlah ayat:

Salah satu ayat menyatakan bahwa orang-orang kafir yang merencanakan pembunuhan Isa AS tidak berhasil;

... dan kerana ucapan mereka, "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, 'Isa putra Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan 'Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) 'Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah 'Isa. (QS An Nisaa': 157)

Ayat lain mengatakan bahwa 'Isa AS tidak meninggal, melainkan diangkat dari lingkungan manusia ke kehadirat Allah.

... tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat 'Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana (QS An Nisaa': 158)

Pada ayat ke-55 Surat Ali 'Imran, kita telah mengetahui bahwa Allah akan menempatkan orang-orang yang mengikuti 'Isa AS di atas orang-orang yang kafir hingga Hari Kebangkitan. Ini sebuah fakta sejarah bahwa 2000 tahun lalu, murid-murid 'Isa tidak mempunyai kekuasaan politik. Orang-orang Kristen yang hidup antara zaman tersebut dan masa sekarang telah meyakini sejumlah ajaran palsu, terutama doktrin Triniti (mengakui tiga Tuhan dalam satu Tuhan). Oleh karena itu, terbukti bahwa mereka tidak boleh disebut sebagai pengikut Nabi 'Isa as, karena, seperti dikatakan di berbagai ayat di dalam Al Qur'an, mereka yang meyakini Triniti telah tergelincir ke dalam kesesatan. Dalam hal ini, pada waktu sebelum Hari Akhir, para pengikut 'Isa AS akan mengalahkan orang-orang yang ingkar itu dan memenuhi janji Ilahiyah yang termuat di dalam Surat Ali 'Imran. Yang pasti, kelompok yang diberkati ini akan diketahui ketika 'Isa AS ketika turun kembali ke bumi.

Selain itu, Allah berfirman di dalam Qur'an bahwa seluruh Ahli Kitab akan meyakini 'Isa AS sebelum dia meninggal.

Tidak ada seorang pun dari Ahli Kitab, kecuali akan beriman kepadanya ('Isa) sebelum kematiannya. Dan di hari kiamat nanti 'Isa itu akan menjadi saksi terhadap mereka. (QS An Nisaa': 159)

Kita mengetahui dengan jelas dari ayat ini bahwa ada tiga janji yang belum terpenuhi berkenaan dengan 'Isa as. Yang pertama, seperti setiap manusia lainnya, Nabi 'Isa AS akan meninggal dunia. Yang kedua, seluruh Ahli Kitab akan melihatnya dalam bentuk sosok manusia dan akan metaatinya ketika dia hidup. Tidak ada keraguan bahwa dua perkiraan ini akan terpenuhi ketika 'Isa AS datang kembali sebelum Hari Akhir. Perkiraan ketiga mengenai kesaksian 'Isa AS atas Ahli Kitab akan terpenuhi di Hari Akhir.

Ayat lain dalam Surat Maryam membahas kematian 'Isa AS.

Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal, dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali. (QS Maryam: 33)

Ketika kita membandingkan ayat ini dengan ayat ke-55 Surat Ali 'Imran, kita dapat memahami sebuah fakta yang sangat penting. Ayat dalam Surat Ali 'Imran tersebut berbicara mengenai 'Isa AS diangkat ke kehadirat Allah. Di ayat ini tidak ada informasi yang diberikan berkenaan dengan apakah 'Isa AS meninggal atau tidak. Tetapi di ayat ke-33 Surat Maryam, disebutkan mengenai kematian 'Isa AS. Kematian kedua ini mungkin terjadi hanya apabila 'Isa AS turun ke bumi kembali dan meninggal setelah hidup di sini selama beberapa waktu (Allah-lah Yang Lebih Mengetahui).

Ayat lain yang menjelaskan turunnya 'Isa ke bumi adalah:

Dan Allah akan mengajarkan kepadanya Al Kitab, Hikmah, Taurat, dan Injil. (QS Ali 'Imran: 48)

Untuk memahami rujukan atas 'Al Kitab" yang disebutkan di ayat ini, kita harus melihat ayat-ayat lain di dalam Al Qur'an yang relevan dengan pokok permasalahan ini: apabila Al Kitab dikatakan di satu ayat bersama dengan Taurat dan Injil, itu pasti berarti Al Qur'an. Ayat ketiga dari Surat Ali 'Imran menegaskan maksud tersebut:

Allah, tiada ada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup kekal lagi senantiasa berdiri sendiri. Dia menurunkan Al Kitab (Al Qur'an) kepadamu dengan sebenarnya; membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil sebelum (Al Qur'an), menjadi petunjuk bagi manusia, dan Dia menurunkan Al Furqaan. Sesungguhnya orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Allah akan memperoleh siksa yang berat; dan Allah Maha Perkasa lagi mempunyai balasan (siksa). (QS Ali 'Imran: 2-4)

Dalam hal ini, Al Kitab yang disebut dalam ayat 48, yang akan dipelajari oleh 'Isa AS, hanya mungkin berupa Al Qur'an. Kita mengetahui bahwa 'Isa AS telah mengetahui Taurat dan Injil selama kehidupannya, yaitu, sekitar 2000 tahun lalu. Jelas, kitab tersebut adalah Al Qur'an yang dia akan ajarkan ketika dia turun ke bumi kembali.

Petunjuk yang paling menarik pada ayat ke-59 Surat Ali 'Imran adalah:

'Sesungguhnya misal (penciptaan) 'Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam...'

Di ayat ini kita dapat melihat ada sejumlah kesamaan antara kedua nabi tersebut. Seperti kita ketahui, Adam AS dan 'Isa AS keduanya tidak berayah, tetapi kita dapat menarik suatu kesamaan lebih lanjut dari ayat di atas, di antara turunnya Adam AS ke permukaan bumi dari surga dan turunnya 'Isa AS dari hadirat Allah pada Hari Akhir.

Al Qur'an mengatakan hal berikut ini tentang 'Isa AS:

Dan sesungguhnya Isa itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat. Karena itu janganlah kamu ragu-ragu tentang kiamat itu dan ikutilah Aku. Inilah jalan yang lurus. (QS Az Zukhruf: 61)

Kita mengetahui bahwa 'Isa AS hidup enam abad sebelum Al Qur'an diwahyukan. Oleh karena itu, ayat ini harus merujuk, bukan pada kehidupan pertamanya, melainkan pada kedatangannya kembali selama Hari Akhir. Baik dunia Kristen maupun Islam sangat menunggu-nunggu kedatangan 'Isa as yang kedua kalinya itu. Kehadiran terhormat tamu yang diberkati ini di permukaan bumi akan merupakan tanda penting dari Hari Akhir.

Bukti lebih lanjut kedatangan kedua 'Isa AS dapat ditemukan dalam penggunaan kata wakahlan dalam Surat Al Maidah 110 dan Surat Ali 'Imran 46. Di kedua ayat ini, kita diwahyukan perintah berikut ini:

(Ingatlah), ketika Allah mengatakan, "Hai 'Isa putra Maryam, ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan kepada ibumu di waktu Aku menguatkanmu dengan ruhul qudus. Kamu dapat berbicara dengan manusia di waktu masih dalam buaian dan sesudah dewasa..." (QS Al Ma'idah: 110)

Dan dia berbicara dengan manusia dalam buaian dan ketika sudah dewasa dan dia adalah salah seorang di antara orang-orang yang saleh." (QS Ali 'Imran: 46)


Kata-katanya hanya muncul di dua ayat ini dan hanya merujuk pada 'Isa AS. Kata ini digunakan untuk menjelaskan usia 'Isa AS yang cukup dewasa. Kata ini merujuk pada usia antara 30 dan 50, yaitu akhir masa pemuda dan awal usia tua. Para ilmuwan Islam setuju menerjemahkan kata ini merujuk ke periode setelah usia 35 tahun.

Para ilmuwan Islam meyakini sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas yang mendukung bahwa 'Isa AS diangkat ke sisi Allah ketika berusia muda, yaitu permulaan usia 30-an, dan ketika dia turun ke bumi kembali, dia akan berusia 40 tahun ketika tinggal dan hidup di permukaan bumi ini. 'Isa AS akan berusia tua setelah dia kembali ke bumi, sehingga ayat ini dapat dikatakan merupakan sebuah bukti kedatangan kedua 'Isa AS ke bumi.

Rasulullah SAW menceritakan kedatangan kedua 'Isa AS

Ada beberapa hadits dari Rasulullah SAW yang menyebut kedatangan kedua 'Isa AS. Ilmuwan Islam Shawkani menyatakan ada 29 hadits mengenai kembalinya 'Isa AS dan bahwa informasi yang terkandung di dalam hadits-hadits ini tidak dapat dipalsukan. (Ibnu Majah)

Demi Allah Yang jiwaku ada di tangan-Nya, putra Maryam, 'Isa, akan turun dalam waktu singkat di antara kamu orang-orang beriman (Muslimin) sebagai seorang penguasa yang adil (HR Bukhari)

Hari Akhir tidak akan datang hingga putra Maryam (yaitu 'Isa AS) turun di antara kamu sebagai seorang penguasa yang adil. (HR Bukhari)

Rasulullah SAW menjelaskan apa yang dilakukan oleh 'Isa AS ketika dia turun kembali:

'Isa as, putra Maryam as, akan turun, berkuasa selama 40 tahun dengan Kitabullah dan sunnahku, lalu meninggal. (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-Zaman)

Isa AS, putra Maryam AS, akan menjadi seorang hakim yang adil dan penguasa yang adil (dalam umatku), mematahkan dan meremukkan kayu salib dan membunuh babi... Bumi ini akan dipenuhi dengan kedamaian seperti sebuah bejana diisi dengan air. Seluruh dunia akan mengumandangkan dan mengikuti satu kata yang sama dan tidak satu pun akan disembah selain Allah. (Ibnu Majah)

Petikan dari Harun Yahya di ’http://www.imam-al-mahdi.com/

Friday, January 28, 2011

Siri 2 : Punca Ke Malaysia

SEBAB MUSABAB (MOHAMMAD SALEH) KE SEMENANJUNG (TANAH) MELAYU

I. LATAR BELAKANG

NENEK MOYANG KITA, MOHAMMAD SALEH DAHULUNYA SEORANG SAUDAGAR DAN DARI DABUSSALAM, LANGKAT. BELIAU PERGI MERANTAU KE SEMENANJUNG MELAYU, DI NEGERI PERAK, KAMPUNG KUROU BELIAU DIROMPAK LANUN DAN BERLAKUHANTAM MENGADU KEKUATAN. TIBA-TIBA LANUN MENGAMBIL JALAN MENYULA NENEK MOYANG KITA YANG KEMUDIANNYA MENGAKHIRI HAYATNYA DI KAMPUNG KUROU, PERAK, MALAYSIA.

II. PERPINDAHAN KE MALAYSIA

BERITA TERSEBUT DIDENGARI OLEH ANAK-ANAK BELIAU DI DABUSSALAM, LANGKAT DAN KEMUDIANNYA MEREKA :
(1.) KHALIFAH ABBAS BIN MOHAMMAD SALEH, dan
(2.) M. YOUNOSS BIN MOHAMMAD SALEH,

BERTOLAK KE NEGERI PERAK, DAN MENEMUI SULTAN PERAK DAN MENGAJUKAN UNTUK MENUNTUT ORANG KAMPUNG KUROU, SUPAYA DIKUMPULKAN UNTUK DIADU MASING-MASING KEKUATAN SEBAGAI TUNTUT BELA ATAS WAFATNYA AYAHANDA MEREKA AKIBAT LANUN DARI KAMPUNG KUROU. SULTAN PERAK MENDINGINKAN HATI MEREKA DAN MENAWARKAN TANAH UNTUK KEDIAMAN MEREKA DI PERAK, YANG PERTAMA SEKALI DI LINTANG. DEMIKIANLAH OLEH ALLAHYARHAM TUAN GURU PERTAMA SYEIKH ABDUL WAHAB ROKAN AL KHALIDY AL NAKSYABANDY DIHUNJUK KHALIFAH ABBAS BIN MOHAMMAD SALEH SUPAYA MEMBUKA PERSULUKAN DI WILAYAH KERAJAAN PERAK YANG PERTAMA KALINYA. MAKA DIBINALAH RUMAH PERSULUKAN DI LINTANG DAN YANG TERAKHIR DI TEMONG, DIMANA KHALIFAH ABBAS WAFAT DAN DIMAKAMKAN.

III. PERPINDAHAN SETERUSNYA

KEMUDIAN AKIBAT PERGOLAKAN POLITIK, HAJI IDRIS JAMAL MAHU PUN ANAK-ANAK DARI PIPAH DAN MAI'IYAH MENYUSUL KERANA KETURUNAN-KETURUNANNYA YANG SEBAHAGIAN BERKEMBANG HINGGA DEWASA INI DI NEGERI SEMENANJUNG MELAYU, MALAYSIA.

Monday, January 24, 2011

Siri 2 : Salsilah Pokok Mohammad Saleh

A. KETERANGAN : SULTAN ALAMSYAH SYAIFUDDIN

1. ADALAH SEORANG RAJA DI NEGERI PAGARUYONG, MINANGKABAU, SUMATERA BARAT, INDONESIA.
2. DIANTARA 3 ORANG PUTERA PUTERINYA, PERGI MERANTAU.
3. BITARA SINOMBA DAN PUTERI LINGGAGINI KE KOTA PINANG (PINANG AWAN)
4. BATARA PINAYUNGAN BERSERTA SEEKOR ANJING CIPAKA TUA KE TAPANULI SELATAN (MANDAILING), KETURUNANNYA TERSEBUT DI AWAL PANGKAL POKOK DARI WARGA NASUTION, BAIK YANG BERKEMBANG DI KOTA PINANG (PINANG AWAN) DAN MAHUPUN DI PENYABUNGAN (TAPANULI SELATAN)

B. CATATAN : KOTA PINANG

DI KOTA PINANG, PINANG AWAN, PADA SUATU HARI, RAJANYA WAFAT. SEBELUM WAFAT BELIAU MENGAMANATKAN KEPADA PARA PEMBESARNYA BAHAWA APABILA BELIAU WAFAT, SEBELUM DISEMAYAMKAN DI TEMPAT PEMAKAMANNYA, HENDAKLAH DILEPASKAN GAJAH PUTIH DAN APABILA GAJAH PUTIH ITU MENYEMBAH SEORANG MANUSIA MAKA ORANG ITULAH KAMU TABALKAN MENJADI PENGGANTINYA SEBAGAI RAJA DI PINANG AWAN. RAJA TERSEBUT TIDAK MEMPUNYAI KETURUNAN. SECARA KEBETULAN, PUTERA PUTERI DARI PAGARUYUNG TELAH SAMPAI DIPERBATASAN PINANG AWAN DAN DI SINILAH MEREKA BERPISAH. PUTERA DAN PUTERI MENGAMBIL KETETAPAN DI KOTA PINANG DAN PUTERA YANG LAINNYA BERSERTA ANJING CIPAKA TUA MENUJU KE TAPANULI SELATAN.

BATARA SINOMBA BERPESAN KEPADA ADINDANYA, PUTERI LINGGAGINI, BAIKLAH KEKANDA MENUJU DAHULU KE KOTA, APA YANG SEDANG TERJADI DENGAN HIRUK PIKUK YANG TERDENGAR KITA ITU. GAJAH PUTIH SERTA PENGIRINGNYA SUDAH DILEPASKAN, DI MANA BATARA SINOMBA MULAI BERTOLAK MENUJU KE KOTA PINANG DAN TIBA-TIBA DI TENGAH JALAN, BERTEMU DENGAN ROMBONGAN GAJAH PUTIH. GAJAH PUTIH MELIHAT BATARA SINOMBA LALU MENYEMBAHNYA, KEMUDIAN PARA PENGIRINGNYA MEMOHON AGAR BELIAU SUDI UNTUK DIBAWA KE ISTANA UNTUK DITABALKAN MENJADI RAJA MEREKA, SESUAI DENGAN AMANAT RAJANYA.

BATARA SINOMBA MENGAJUKAN PERMINTAAN AGAR BELIAU DICARIKAN SEORANG PERMAISURI, BAHARULAH BELIAU DITABALKAN MENJADI RAJA. PARA PEMBESAR BERTANYA, PUTERI YANG MANAKAH TUANKU MAKSUDKAN? MAKA BATARA SINOMBA MENYATAKAN : "LEPASKAN GAJAH PUTIH, APABILA IANYA MENYEMBAH SEORANG PUTERI, MAKA ITULAH YANG DIMAKSUDKAN." LALU GAJAH PUTIH DAN PENGIRING DILEPASKAN DAN BERJALAN HINGGA SAMPAI KE PERBATASAN, MAKA DISANALAH GAJAH PUTIH SEKALI LAGI MENYEMBAH KEPADA PUTERI LINGGAGINI. KEMUDIAN DIBAWALAH BELIAU KE ISTANA MENGHADAP BATARA SINOMBA LALU DITABALKANLAH OLEH ADAT ISTIADAT DI RAJA, BATARA SINOMBA MENJADI RAJA DI PINANG AWAN DAN PUTERI LINGGAGINI MENJADI PERMAISURI RAJA DI PINANG AWAN DAN KETURUNAN INILAH YANG BERKEMBANG DAN DIKENAL DENGAN : AWAL PANGKAL POKOK MARGA NASUTION DI PINANG AWAN.


C. TAPANULI/PENYABUNGAN

BATARA PINAYUNGAN BERSERTA ANJING CIPAKA TUA MENUJU TAPANULI SELATAN LALU MEMPEROLEH PERMAISURI (SILINDUNG BULAN - ???). KEMUDIAN KETURUNAN INILAH YANG DIKENAL DENGAN GELAR :
SI BARUAR GELAR SHANG YANG DIPERTUAN, YANG MENJADI AWAL PANGKAL POKOK PERKEMBANGAN DARI KETURUNAN : MARGA NASUTION, DI PENYABUNGAN.

CATATAN KETERANGAN INI TELAH DISELIDIKI KEPADA SALAH SATU KETURUNAN MARGA NASUTION DARI PENYABUNGAN YAKNI PUTERA DARI SULTAN MELAYU YANG BERNAMA ABDUL MULUK NASUTION BERGELAR BAGINDA RAJA TOGU.

INFORMASI DARI : ???

D. NOTA PENYUSUN :

PENGUMPULAN DATA HANYA MENYUSUN DARI PANGKAL POKOK DAN KE BAWAH, SEDANG KE ATASNYA MASIH SEDANG DISELIDIKI SECARA TAHAP DEMI TAHAP DAN AKAN DITINJAU KE PAGARUYUNG BILA MEMPUNYAI WAKTU.

Sunday, January 23, 2011

Siri 1 : PENDAHULUAN

SALASILAH KETURUNAN
KELUARGA BESAR MOHAMMAD SALEH

DI SUSUN OLEH : MOHAMMAD NURSYARIEF
JL JEND GATOT SUBROTO KM-4
JL TITINUP N - SG REJEKI 20
LGK XI SEI SIKACHING – D
MEDAN
20119 SUMATERA
INDONESIA


FAKTA PENTING DARI 'PENDAHULUAN' NYA :
1. KELUARGA BESARNYA BERADA DI MALAYSIA DAN INDONESIA

2. MOHAMMAD SALEH / NORONEK BERASAL DARI PAGARUYUNG,
MINANGKABAU, SUMATERA BARAT, INDONESIA

3. SIFAT DAN WATAK - MEMILIKI KASIH-SAYANG BERKELUARGA

4. PENGUMPULAN DATA-DATA ADALAH DARI :
a. RAJA ABDULLAH SANI (LABUHAN BILIK (INDONESIA???), 1951)
b. KHALIFAH AHMAD ABBAS (LINTANG, SG SIPUT UTARA, PERAK,
MALAYSIA), 1071, 1981
c. KHALIFAH JAAFAR (MEK TAPA, TUNKU PERAPAT LABUHAN BATU
(INDONESIA???),1957
d. RAMLAH BINTI HAJI MOHAMMAD NUR (JL BROMO, PENAI,MEDAN,
INDONESIA), 1971
e. MOHAMMAS SYARIFF BIN TAHLIEB (MEDAN, SUMATERA, INDONESIA -
(AYAHANDA PENULIS???)

5. ISTILAH - KETURUNAN SEBELAH BAPA = GARIS LURUS ;
KETURUNAN SEBELAH IBU = GARIS MELAMBUNG

6. DISUSUN DI MEDAN, 1951 -1981.

Wallahu a'lam.