Tuesday, April 27, 2010

PRK Hulu Selangor : Perkasa Pemenangnya?

Keputusan PRK Hulu Selangor telah pun diketahui, calun yang disokong oleh Perkasa iaitu 'seorang melayu' yang bernama 'kamal' dinobatkan sebagai pemimpin masyarakat khususnya masyarakat melayu Perkasa Hulu Selangor.

Oleh kerana calon Perkasa diangkat kerana bersihnya si empunya badan dari 'arak', maka tiadalah 'pesta todi' untuk meraikannya dikhalayak ramai melainkan untuk mereka yang terpilih di bilik yang juga terpilih.

Oleh kerana melayu Perkasa telah melunaskan tugasan yang diamanahkan oleh si gembalanya yang bernama UMNOngok, maka tiadakah apa-apa imbuhan? Paling tidak jawatan 'Timbalan Menteri'!. Khabarnya jawatan ini berserta perlantikan jawatan senator akan menjadi milik 'melayu Perkasa' juga, saudara kepada kamal si melayu Perkasa. Khabarnya, Gani namanya, bakal mengganti Presiden 'melayu Perkasa' cawangan MIC.

Cuma soalnya, bila pula Presiden 'melayu Perkasa' cawangan UMNOngok akan dilantik sebagai 'menteri'? Perhati-hatikanlah soal ini, nanti melompat si dia nanti - si rosmah jugak yang susah!

No comments:

Post a Comment